Thursday, November 06, 2008

Beberapa persoalan yang dikemukakan dijawab...

Terima kasih kerana memberi komen-komen di dalam c-box kami. Berikut adalah jawapan yang diberikan mengenai isu-isu yang telah dikemukakan di dalam c-box tersebut.


1. Persatuan Bersatu telah menghantar borang-borang keluarga angkat dengan menggunakan pos kepada semua keluarga angkat yang pernah berdaftar untuk program keluarga angkat kapal belia. Bagaimanapun, borang-borang ini hanya dikeluarkan beberapa minggu yang lalu oleh sebab-sebab yang tertentu, dan dipahami beberapa keluarga angkat tidak menerima borang-borang ini. Bagi keluarga angkat yang mempunyai email, Persatuan juga telah memberi peluang untuk membuat pendaftaran dengan menggunakan email. Di samping itu, urusetia program keluarga angkat juga telah berusaha untuk menghubungi keluarga angkat yang pernah berdaftar melalui telefon yang telah disediakan semasa program keluarga angkat yang lepas. Kebanyakkan keluarga angkat berjaya dihubungi dengan cara ini tetapi telah juga dilaporkan oleh urusetia bahawa ada sesetengah keluarga angkat yang tidak dapat dihubungi disebabkan nombor telefon yang sudah berubah ataupun tidak berjawab. Pihak Persatuan juga telah mempromosikan program keluarga angkat ini melalui media massa melalui siaran akhbar, surat khabar, siaran radio dan tv dan beberapa laman web untuk meminta keluarga angkat yang berminat untuk menghubungi pihak Persatuan.

Persatuan Bersatu amat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh semua keluarga angkat di dalam pengendalian program keluarga angkat bagi kapal belia dan juga program pertukaran (exchange program) yang lain dan berharap dapat terus berkerjasama dengan keluarga angkat untuk mengendalikan program-program yang akan datang.

Persatuan Bersatu juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen untuk memperbaiki cara pengendalian program-program di masa akan datang (constructive criticism). Jikalau abiskita dapat memberi nama dan keterangan abiskita secara email ataupun bertulis kepada Biro Perhubungan Awam kami, prb.bersatu@gmail.com , Persatuan Bersatu bersedia untuk membuka siasatan mengenai perkara ini untuk memberi penerangan yang lebih mendalam dan lebih penuh dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang didapati.


2. Persatuan Bersatu telah membuka pendaftaran untuk mengikuti reunion on board pada awal bulan Oktober. Promosi mengenai reunion ini telah dikemukakan di dalam media massa melalui siaran akhbar, surat khabar, laman web, siaran tv dan juga siaran radio. Keutamaan kepada ex-PY memang telah disebut-sebutkan dari awal lagi. Bagaimanapun, disebabkan permintaan ramai, Persatuan telah membuat keputusan untuk membenarkan ex-PY untuk membawa seorang pasangan mereka sahaja. Peluang ini hanya dibuka setelah memberi peluang kepada ex-PY untuk mendaftar sampai 27hb Oktober di mana, jika ada kelebihan tiket, pendaftaran dibukakan kepada pasangan kepada ex-PY yang bukan PY. Tiket dijual secara "first come, first serve basis". Di samping itu, pihak Persatuan juga menetapkan 2hb November sebagai "deadline" untuk membuat pembayaran.

Setakat 27hb Oktober, hanya sejumlah 184 ex-PY telah mendaftar untuk mengikuti reunion. Tiket reunion yang disediakan oleh pihak Pentadbir kapal hanya sejumlah 300 tiket. Setelah dibukakan kepada tetamu yang bukan PY, pada hari Ahad 2hb November, pendaftaran bagi reunion on board telah mencecahi 300. Bagi makluman jua, bukan PY yang telah mendaftar hanya seramai 68 orang sahaja. Pihak Pentadbir Kapal (Admin Staff) hanya akan membenarkan naik mereka yang dapat menyerahkan tiket reunion tersebut ditangga masuk kapal.

Pihak Persatuan sangat-sangat berdukacita jikalau abiskita tidak berkesempatan untuk membeli tiket reunion pada tahun ini. Pihak Persatuan juga mengucapkan ribuan terima kasih terhadap sokongan yang diberikan.

Jikalau abiskita ada sebarang pertanyaan lagi, sila hadapkannya secara email kepada Biro Perhubungan kami: prb.bersatu@gmail.com dan kami akan cuba untuk memberi jawapan dengan secepat mungkin.

Sekian terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

BERSATU: BN SSEAYP Alumni Association

BERSATU was officially launched on the 28th June 1987, at Bandar Seri Begawan in conjunction with the official opening of the first annual general meeting.

PYs, what should we put here?

Like the new look? Will update this part soon. What do you think should we put here? Email the site administrator at maurina@gmail.com.

Contact us!

Visit us at: Block C3, Second Floor, Spg 32-5, Anggerek Desa Flat.

Or email us at: maurina@gmail.com

BERSATU: SSEAYP International Brunei Darussalam Online Copyright © 2009 Community is Designed by Maurina with a lot of help fromBIE