Monday, September 14, 2009

Kempen Kebersihan Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien



On September 13th, BERSATU organised a cleaning campaign at Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien in Kampong Katimahar as part of our community service. This is carried out with the kind cooperation from Jawatankuasa Takhmir Masjid and Brunei Muara Scouts Association.




 Started off with mass Asar prayers. :)

Then the cleaning began! Funny times:



Some folded the telkongs~

 Some became landscapers hehehe~




 Some swept the floor~

Some cut grass~



Some cleaned windows~



Some cleaned longkangs~



 
 
Some vaccuumed~





Some burnt rubbish outside

Some arranged the Yassins~



Some helped with machinery~




But I very lazy, just took photos. :P Hahaha!




After the cleaning campaign, everyone sat down for a ceramah by Ustaz Hj Sadini Hj Sujak from Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.




 Ustaz Hj Sadini Hj Sujak
And then it was time to break fast, followed by Maghrib and mass Taraweh. :)

 

:D


For a more thorough report, please read the article here up on The Brunei Times or read the Pelita Brunei article below:

Kempen Membersihkan

Masjid PSBSOAS Anjuran BERSATU
 
KAMPUNG KATIMAHAR, Ahad, 13 September. - Setiap amal kebajikan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan Al-Mubarak akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wata'ala.

  PENSYARAH ITQSHHB, Awang Haji Sadini bin Haji Sujak semasa menyampaikan ceramah di Masjid PSBSOAS Kampung Katimahar. 
 

Demikian dijelaskan oleh Pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Haji Sadini bin Haji Sujak dalam ceramahnya di Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar 'Ali Saifuddien Kampung Katimahar hari ini.

Sesi ceramah itu adalah sempena kempen membersihkan masjid berkenaan yang diungkayahkan oleh Persatuan Bekas Peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (BERSATU) bagi menyemarakkan bulan yang mulia ini.

Kempen yang diketuai oleh Yang Dipertua Persatuan BERSATU, Awang Haji Jailani bin Haji Ibrahim dengan kerjasama Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Persatuan BERSATU itu bermula sejurus selepas menunaikan Sembahyang fardu Asar Berjemaah. 

Kerja gotong-royong membersihkan ruang masjid termasuk bilik perpustakaan, stor, landskap serta kawasan halaman turut melibatkan penyertaan ahli-ahli Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara.

 
Acara diselajurkan dengan Majlis berbuka puasa dan diikuti sembahyang Maghrib dan Isyak Berjemaah serta Sembahyang Sunat Tarawih.

Antara objektif projek kemasyarakatan itu adalah untuk menyemai sikap pemedulian kalangan ahli-ahli persatuan berkenaan dan bekas-bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) dengan Jawatankuasa Takmir masjid berkenaan serta penduduk kampung.
 
Apa yang diharapkan dengan adanya aktiviti bermanfaat seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim kalangan ahli-ahli Persatuan BERSATU dan juga bekas-bekas peserta SSEAYP.
 
Persatuan BERSATU ditubuhkan pada tahun 1987 dan kini mempunyai kira-kira 200 orang ahli yang terdiri daripada bekas-bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP).

(Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar)


0 comments:

Post a Comment

 

BERSATU: BN SSEAYP Alumni Association

BERSATU was officially launched on the 28th June 1987, at Bandar Seri Begawan in conjunction with the official opening of the first annual general meeting.

PYs, what should we put here?

Like the new look? Will update this part soon. What do you think should we put here? Email the site administrator at maurina@gmail.com.

Contact us!

Visit us at: Block C3, Second Floor, Spg 32-5, Anggerek Desa Flat.

Or email us at: maurina@gmail.com

BERSATU: SSEAYP International Brunei Darussalam Online Copyright © 2009 Community is Designed by Maurina with a lot of help fromBIE